Memulakan Perniagaan Internet Sendiri: Antara Kenyataan dan Kepalsuan

Antara Realiti dan Fantasi - Awas! Jangan Sampai Terpedaya!

Bagi mereka yang pernah membuat cari di internet tentang perniagaan, perniagaan kecil, perniagaan dari rumah, perniagaan online pasti biasa melihat ungkapan dibawah.

 

"Buat RM5,000 sebulan dengan kerja 1 jam sehari! Revolusi sistem terbaru – penuhkan poket anda dengan cek! Sertai PERCUMA dan kami lakukan semua kerja untuk anda!”

 

Bagi mereka yang pernah membuat carian di internet tentang perniagaan, perniagaan internet, perniagaan dari rumah, perniagaan online pasti biasa melihat ungkapan diatas. Kata-kata janji “kejayaan dan kekayaan” dengan sedikit usaha atau tanpa perlu bekerja. Kadang-kadang sukar menolak tawaran yang begitu memposana. Siapa yang tidak mahu berkerja sejam-dua sehari dan mendapat ribuan ringgit setiap bulan?

Ada orang tergoda dan menyertai beberapa program seakan “skim cepat kaya” sebelum menyedari kesilapan dan memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Amat sukar bagi orang ramai membezakan mana yang nyata, mana yang palsu. Memisahkan kedua unsur ini amat sukar dan kadang-kadang memeritkan, namun hanya itulah cara untuk mendapat keuntungan apabila memulakan perniagaan internet anda. Anda perlu pastikan mana yang nyata mana yang palsu.

KEPALSUAN - Memulakan Perniagaan Online

Tidak kira semanis dan sehebat mana tawaran yang diberikan oleh sesuatu laman web, anda tidak akan berjaya menjana pendatapan tanpa melakukan usaha. Berhati-hati dengan laman web yang berjanji akan membuat semua kerja untuk anda! Bersedialah untuk bekerja untuk mendapatkan wang. Adakah pendapatan berkerja 1 jam sehari sama dengan pendapatan berkerja 8 jam sehari? Pastinya tidak!

“Janji” memperolehi pendapatan besar tidak pernah dijamin. Tiada siapa dapat memberikan jaminan sebegitu. Terutama jika anda percaya dengan konsep rezeki. Baca dengan teliti teks-teks kecil yang biasanya digunakan untuk menafikan janji-janji tersebut. Anda mungkin akan jumpa perkataan “Results not typical” atau “Kejayaan dan Keputusan adalah bergantung kepada…” dan kadang-kadang anda akan jumpa frasa yang menafikan terus “janji” yang dibuat. Tiada siapa yang boleh menjanjikan jumlah wang tertentu dalam masa tertentu. Ianya bergantung kepada usaha dan tahap kemahiran.

Dakwaan rovolusi, cara baru, cara rahsia, tidak perlu bekerja, tidak perlu menjual untuk menjana pendapatan secara online adalah tidak benar sama sekali. Faktanya: Untuk mendapatkan hasil atau mendapatkan wang adalah dengan menjual sesuatu samaada produk ataupun perkhidmatan. Jika sesuatu perniagaan tiada produk, maka ia tiada asas untuk menghasilkan wang. Berhati-hatilah dengan jenis perniagaan “Tidak Perlu Menjual” ini.

KENYATAAN - Memulakan Perniagaan Online

Jika anda ingin membina perniagaan internet yang berjaya, buangkan konsep cepat kaya, kerja mudah, jalan pintas dan yang seumpamanya. Menjalankan perniagaan internet sendiri memerlukan dedikasi dan kesungguhan. Ia juga perlukan modal. Tetapi elakkanlah perbelanjaan membeli “Rahsia” atau “Formula” untuk menjadi kaya. Sebaiknya berbelanjalah dengan bijak bagi membina dan mengurus laman web, nama laman, hosting dan pemasaran.

Kenyataannya, lebih dari 90% perniagaan internet gagal. Jika anda ingin berjaya, anda perlu belajar mengasingkan mana yang nyata dan mana yang palsu.

 

Selamat Berjaya
Wizan Zaini

Download
BukuEbooks Percuma